lemper 

 

Lemper adalah kuih tradisional masyarakat Jawa yang popular di Selangor dan komuniti Jawa di negeri lain, menyerupai pulut panggang yang dibalut dengan daun pisang. Kuih ini terdiri daripada lapisan luar pulut yang lembut dan isi serunding udang kering yang manis, menjadikannya hidangan yang unik dan enak. Biasanya, lemper disediakan semasa majlis kenduri, seperti perkahwinan, di mana ia menjadi salah satu sajian istimewa yang melambangkan budaya dan tradisi masakan masyarakat Jawa.

Dikenali sebagai hidangan istimewa pada majlis perkahwinan, populariti Lemper kini berkembang dan dijadikan kudapan sehari-hari, dengan banyak dijual di pasaran, mencerminkan adaptasi dan penerimaan masyarakat terhadap makanan tradisi ini dalam kehidupan moden.

Sumber gambar : Tekan Sini 

_________________________________________________________________________________________________

Sejarah Nasi Ambeng

Nasi Ambeng adalah hidangan tradisional asal masyarakat Jawa yang terdiri daripada nasi putih yang diletakkan di atas dulang dan dilengkapi dengan pelbagai jenis lauk-pauk di sekelilingnya. Berbeza dengan hidangan nasi biasa, Nasi Ambeng biasanya menyajikan lauk-pauk yang dimasak secara kering, seperti ikan masin bulu ayam, serunding kelapa, kacang goreng, sambal goreng Jawa, mee goreng, serta ayam masak kicap atau ungkep. Di sesetengah tempat, rempeyek, telur rebus, dan opor ayam juga turut disajikan. Hidangan ini sering dihidangkan pada majlis keramaian masyarakat Jawa, seperti kenduri dan majlis tahlil di Selangor dan Johor.

Dalam kepercayaan masyarakat Jawa, Nasi Ambeng dianggap makanan tradisi yang membawa keberkatan, terutama ketika doa-doa dibacakan dalam majlis tersebut. Selain itu, lebih dari 10 jenis lauk biasanya disediakan, dan dipercayai bahawa hidangan ini berasal dari Jawa Timur, tetapi juga terdapat di Singapura.

Nasi Ambeng dihidangkan di dalam talam atau dulang yang dilapisi daun pisang, disertai pelbagai jenis lauk-pauk. Ia biasanya dinikmati secara berjemaah mengikut Sunnah Rasulullah, di mana satu dulang terdiri daripada empat hingga lima orang. Keunikan Nasi Ambeng terletak bukan hanya pada kepelbagaian lauk-pauk, tetapi juga dalam cara penyediaan dan cara menikmatinya, yang menjadikannya suatu tradisi yang jarang ditemui dalam masyarakat lain.

 

Nasi Ambeng

sumber gambar : Tekan Sini

 

_________________________________________________________________________________________________

 PERUSAHAAN MAKANAN RINGAN (INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA) KAMPUNG PARIT MAHANG

 

PUAN NORLEY BINTI SAHROM. Beliau merupakan penduduk tetap di Taman Desa Mahang, Kampung Parit Mahang dan hampir 3 tahun mengusahakan secara aktif perniagaan berunsurkan makanan ringan. Berikut merupakan butir-butir berkenaan Puan Norley. 

 
Norley binti Sahrom merupakan peniaga makanan ringan antaranya ialah popia simpul (ayam/ikan), jejari isi ketam dan produk terbaru 'tart nenas'. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh terus hubungi Puan Norley di talian : 019 2076 474
 
 
POPIA SERUNDING IKAN DAN AYAM (1/2 KILO) RM 17
POPIA SERUNDING IKAN DAN AYAM (BALANG) RM 15
 
 
JEJARI ISI KETAM (BALANG) RM 14
 
 
TART NENAS (BALANG) RM 20