Sejarah Nasi Ambeng
Nasi Ambeng adalah hidangan tradisional asal masyarakat Jawa yang terdiri daripada nasi putih yang diletakkan di atas dulang dan dilengkapi dengan pelbagai jenis lauk-pauk di sekelilingnya. Berbeza dengan hidangan nasi biasa, Nasi Ambeng biasanya menyajikan lauk-pauk yang dimasak secara kering, seperti ikan masin bulu ayam, serunding kelapa, kacang goreng, sambal goreng Jawa, mee goreng, serta ayam masak kicap atau ungkep. Di sesetengah tempat, rempeyek, telur rebus, dan opor ayam juga turut disajikan. Hidangan ini sering dihidangkan pada majlis keramaian masyarakat Jawa, seperti kenduri dan majlis tahlil di Selangor dan Johor.
Dalam kepercayaan masyarakat Jawa, Nasi Ambeng dianggap makanan tradisi yang membawa keberkatan, terutama ketika doa-doa dibacakan dalam majlis tersebut. Selain itu, lebih dari 10 jenis lauk biasanya disediakan, dan dipercayai bahawa hidangan ini berasal dari Jawa Timur, tetapi juga terdapat di Singapura.
Nasi Ambeng dihidangkan di dalam talam atau dulang yang dilapisi daun pisang, disertai pelbagai jenis lauk-pauk. Ia biasanya dinikmati secara berjemaah mengikut Sunnah Rasulullah, di mana satu dulang terdiri daripada empat hingga lima orang. Keunikan Nasi Ambeng terletak bukan hanya pada kepelbagaian lauk-pauk, tetapi juga dalam cara penyediaan dan cara menikmatinya, yang menjadikannya suatu tradisi yang jarang ditemui dalam masyarakat lain.
sumber gambar : Tekan Sini
_________________________________________________________________________________________________