Tarikh | 7 Ogos 2022 |
Masa | 9.00 A.M - 2.00 P.M |
Tempat | PEDi Taman Harmoni |
Peserta | Terbuka |
Tujuan:
Tujuan Hari Bersama Komuniti 2022 ini dijalankan adalah untuk mempromosikan PEDi Taman Harmoni disamping dapat merapatkan hubungan di antara PEDi Taman Harmoni dan juga komuniti setempat dan agensi yang terlibat dalam menjayakan program HBK 2022. Tambahan, secara tidak langsung komuniti setempat diharap mendapat manfaat daripada inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.
Aktiviti:
Program HBK 2022 ini telah berjalan dengan pelbagai aktiviti iaitu kelas keusahawanan shopee, foto produk, sukaneka (finger cramp, balloon blow, thread to needle), pertandingan dan kuiz (klik dengan bijak, speedy typing, word search, mewarna), teka gula-gula dalam balang dan pertandingan gubahan bouquet.
Selain itu, turut berjalan taklimat klik dengan bijak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertajuk MyCyberGenius. Antara booth yang membuat pameran adalah booth PEDi (E-Tuisyen, jualan buku, pameran perkhidmatan dan program), pameran oleh agensi jemputan iaitu LPPKN, KWSP, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat dan PERKESO). Selain itu, turut disertakan pameran daripada usahawan iaitu usahawan bengkel jahitan, usahawan Ollies, dan usahawan kuih frozen dan kopi gantung.
Program diserikan lagi dengan acara terakhir iaitu penyampaian hadiah dan cabutan bertuah kepada komuniti. Diharap program yang dijalankan ini dapat merapatkan hubungan antara PEDi Taman Harmoni dengan komuniti setempat.
Tarikh | 24 April 2022 |
Masa | 2.00 P.M - 4.30 P.M |
Tempat | PEDi Taman Harmoni |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan:
Peserta diberikan pengenalan cara-cara memasukkan gambar di microsoft word.
Aktiviti:
Peserta diberikan tunjuk ajar cara-cara untuk memasukkan gambar di microsoft word iaitu pertamanya membuat carian gambar di google. Keduanya peserta diterangkan cara untuk memuat turun gambar dan seterusnya memasukkan gambar ke microsoft word. Langkah seterusnya, peserta diberikan tunjuk ajar cara untuk menyimpan gambar tersebut. Sesi pembelajaran ini akan memahirkan peserta untuk menggunakan microsoft word.
Tarikh | 17 April 2022 |
Masa | 10.00 A.M - 12.00 P.M |
Tempat | PEDi Taman Harmoni |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan:
Seramai 4 orang peserta telah mengikuti kelas Pengenalan Kepada Komputer di PEDi Taman Harmoni. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan alat dan fungsi-fungsi perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus, pembesar suara dan sebagainya.
Aktiviti:
Peserta diterangkan nama dan fungsi perkakasan komputer dan seterusnya berjaya memahirkan diri menggunakan perkakasan yang telah disediakan.
Tarikh | 20 April 2022 |
Masa | 2.00 P.M - 4.30 P.M |
Tempat | Webinar - Zoom |
Peserta | Tidak terhad |
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran melalui siri webinar kepada semua pengurus dan rakan digital PEDi mengenai program penerimagunaan digital MDEC dan mengenal pasti PEDi yang bersesuaian untuk pelaksanaan program.
Aktiviti:
Peserta mempelajari dengan lebih lanjut mengenai kepenggunaan whatsapp untuk perniagaan dan Google My Business (GMB). Selain itu, peserta mempelajari mengenai keusahawanan digital antaranya, facebook dan marketplace untuk perniagaan, instagram untuk perniagaan dan search engine optimization (SEO) serta teknik copywriting dan penggunaan canva.com.
Tarikh | 15 April 2022 |
Masa | 9.30 A.M - 11.30 A.M |
Tempat | Google Meet |
Peserta | Tidak terhad |
Tujuan:
Program Webinar ini diadakan untuk peserta mempelajari hak-hak sebagai pengguna
Aktiviti:
Peserta diterangkan dengan lebih lanjut mengenai hak-hak pengguna, tanggungjawab sebagai pengguna, penggunaan sumber dengan lebih cekap, penipuan kewangan digital dan turut diterangkan bantuan dan khidmat nasihat yang boleh diperolehi sebagai pengguna.