Tarikh | 8 April 2022 |
Masa | 9.30 A.M - 4.30 P.M |
Tempat | Pusat Eknomi Digital Kanchong Darat (PEDi) |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan :
Bengkel ini dihadiri oleh 4 orang peserta yang merupakan Pengurus PEDi Kuala Langat. Tujuan bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan secara terperinci tentang Modul Platform E-Dagang (Shopee). Matlamat utama bengkel ini juga adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta untuk menguasai sistem perniagaan secara dalam talian dan seterusnya dapat membantu komuniti setempat untuk memasarkan produk melalui platform Shopee.
Aktiviti:
Para peserta diberikan latihan secara praktikal oleh petugas untuk menguruskan kedai secara dalam talian antaranya memasukkan produk di Shopee, pemasaran dan penghantaran produk melalui platform Shopee. Peserta turut diberikan penerangan yang jelas mengenai kebaikan dan kelebihan sekiranya menggunakan platform Shopee untuk memasarkan produk.