Tarikh  18 Jun 2023
 Masa  10.00 A.M - 11.00 A.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan:

Soft Skills merujuk kepada sikap atau kekuatan dalaman pada diri individu untuk berinteraksi (kemahiran individu) dan kemahiran yang melibatkan interaksi sosial dalam masyarakat (kemahiran interpersonal).  Aktiviti ini bertujuan untuk melatih kemahiran komunikasi dikalangan peserta bagi meningkatkan keyakinan dalam diri mereka.

 

Aktiviti:

Aktiviti utama adalah setiap peserta dilatih dan diberi peluang untuk memperkenalkan diri mereka seperti nama penuh, nama panggilan, tempat tinggal dan umur mereka.

Gambar Disini

 

 

 Tarikh  18 Jun 2023
 Masa  2.30 P.M - 3.30 P.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan:

Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan perkakasan komputer kepada peserta

 

Aktiviti:

Peserta diterangkan setiap nama dan fungsi setiap perkakasan komputer oleh petugas.  Selain itu, peserta telah mencuba setiap perkakasan untuk memastikan mereka memahami setiap penerangan diberikan dan diberikan kuiz untuk dijawab oleh peserta.

Gambar Disini

 Tarikh  15 Jun 2023
 Masa  11.00 A.M - 1.00 P.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  3 Orang

 

Tujuan:

Modul asas keusahawanan ini bertujuan untuk menyampaikan tips pengurusan sumber manusia bagi setiap usahawan IKS

 

Aktiviti:

Kandungan modul ini adalah pendedahan kepada usahawan tentang tanggungjawab majikan kepada setiap pekerja antaranya seperti pengambilan pekerja, penyediaan kontrak perkhidmatan dan pengurusan gaji pekerja.  Pengurusan sumber manusia dalam satu organisasi adalah sangat penting dalam membangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan mengekalkan tenaga kerja yang berprestasi tinggi.

Gambar Disini

 

 Tarikh  17 Jun 2023
 Masa  10.00 A.M - 11.00 A.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan:

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik.  "Internet of Things" atau dikenali sebagai IoT merupakan topik yang sering menjadi bualan sekarang.  Ianya merupakan satu konsep yang mempunyai potensi dalam mempengaruhi bagaimana kita hidup dan juga bagaimana kita bekerja.  Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kecekapan dan kompetensi peserta untuk meneroka, menyelesaikan masalah dan merekabentuk dalam bentuk permainan atas talian.

 

Aktiviti:

1. Peserta diuji kecekapan dan kompetensi untuk meneroka dan menyelesaikan masalah dalam bentuk permainan atas talian

2. Peserta diuji kemahiran proses melibatkan kemahiran proses sains, kemahiran proses matematik, kemahiran reka bentuk dan kemahiran pemikiran komputasional

3. Selain itu, aktiviti turut meliputi kemahiran teknikal yang melibatkan psikomotor yang merangkumi kemahiran manipulatif, kemahiran pengurusan dan pengendalian bahan, alatan dan mesin dengan cara yang betul dan selamat

Gambar Disini

 

 

 Tarikh  13 Jun 2023
 Masa  11.00 A.M - 12.00 P.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  3 Orang

 

Tujuan:

Pengenalan asas keusahawanan ini bertujuan untuk menyampaikan kepada para peserta teknik menguruskan kewangan perniagaan dengan baik dan teratur supaya dapat mengenalpasti sama ada perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian. 

 

Aktiviti:

1. Para peserta diterangkan cara pengurusan wang daripada sumber pendapatan terhadap simpanan, perbelanjaan, perlindungan dan pelaburan.

2. Peserta turut diterangkan bahawa perniagaan ialah ‘permainan angka’. Jika perkara asas ini difahami jadi mudah untuk kita menguruskan perniagaan

3. Pengurusan kewangan adalah salah satu tanggungjawab terpenting bagi pemilik dan pengurus perniagaan

Gambar Disini