Tarikh  22 Julai 2023
 Masa  3.00 P.M - 4.00 P.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  1 Orang

 

Tujuan:

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik.

"Internet of Things" atau pun lebih mudah dikenali sebagai IoT merupakan topik yang sering menjadi bualan sekarang. Ianya merupakan satu konsep yang mempunyai potensi dalam mempengaruhi bagaimana kita hidup dan juga bagaimana kita bekerja.

 

Aktiviti:

1. Menguji kecekapan dan kompetensi untuk meneroka, menyelesaikan masalah, mereka bentuk dalam bentuk permainan atas talian

2. Kemahiran Proses melibatkan kemahiran proses sains, kemahiran proses matematik, kemahiran reka bentuk dan kemahiran pemikiran komputasional.

3. Kemahiran teknikal pula adalah kemahiran yang melibatkan psikomotor yang merangkumi kemahiran manipulatif, kemahiran pengurusan dan pengendalian bahan, alatan dan mesin dengan cara yang betul dan selamat.

Gambar Disini

 

 

 Tarikh  21 Julai 2023
 Masa  3.30 P.M - 4.30 P.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan:

Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengajar peserta untuk menggunakan aplikasi whatsapp di dalam komputer

 

Aktiviti:

1. Membantu peserta mengendalikan aplikasi whatsapp web di komputer

2. Aktiviti ini dapat membantu dan memudahkan peserta menyempurnakan tugasan yang memerlukan penggunaan whatsapp web

Gambar Disini

 Tarikh  18 Julai 2023
 Masa  10.00 A.M - 11.00 A.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan:

Soft skills merujuk kepada sikap atau kekuatan dalaman pada diri individu untuk berinteraksi (kemahiran individu) dan kemahiran yang melibatkan interaksi sosial dalam masyarakat (kemahiran interpersonal).

 

Aktiviti:

1. Modul ini menerangkan kemahiran yang perlu dikuasai oleh para peserta apabila menghadiri temuduga

2. Selain itu, turut diterangkan apakah perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan semasa menghadiri temuduga

Gambar Disini

 

 

 Tarikh  20 Julai 2023
 Masa  11.00 A.M - 12.00 P.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan:

Topik ini memberi fokus dan membimbing peserta dalam menguruskan kewangan peribadi dalam kehidupan seharian atau melakukan perancangan masa depan.
 
 
Aktiviti:
 
1. Peserta diterangkan kepentingan pengurusan kewangan peribadi yang perlu ada dalam kehidupan seharian
2. Peserta diterangkan cara mengurus kewangan peribadi yang terbaik demi masa depan
 
 
 
 
 Tarikh  17 Julai 2023
 Masa  11.00 A.M - 12.30 P.M
 Tempat  PEDi Taman Harmoni
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan:

Pengenalan asas keusahawanan ini bertujuan untuk menyampaikan kepada para peserta teknik menguruskan kewangan perniagaan dengan baik dan teratur supaya dapat mengenalpasti sama ada perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian. 

 

Aktiviti:

1. Para peserta diterangkan cara pengurusan wang daripada sumber pendapatan terhadap simpanan, perbelanjaan, perlindungan dan pelaburan.

2. Peserta turut diterangkan bahawa perniagaan ialah ‘permainan angka’. Jika perkara asas ini difahami jadi mudah untuk kita menguruskan perniagaan

3. Pengurusan kewangan adalah salah satu tanggungjawab terpenting bagi pemilik dan pengurus perniagaan

Gambar Disini