Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Endah merupakan sebuah institusi bagi mengurus pembangunan dan pengurusan kampung. Peranan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Endah adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk. Berikut merupakan maklumat Kampung Endah:
MAKLUMAT KAMPUNG
Nama Kampung : Kampung Endah
Tahun Dibuka : 1952
Mukim : Morib dan Kelanang
DUN : N54 Tanjung Sepat
Daerah : Kuala Langat
Parlimen : Sepang
Negeri : Selangor Darul Ehsan
Ketua Kampung : Tok Zulhamin Bin Mohd Rus
Dewan Undangan Negeri : Y.B Tuan Borhan Bin Aman Shah
Ahli Parlimen : YB Puan Hajah Raj Munni Binti Sabu
Kependudukan : 100% Melayu
Keluasan : 2,951 ekar
Jumlah Penduduk : 2,069 orang
Aktiviti ekonomi utama : Pertanian/perladangan, penternakan, peruncitan/perniagaan
Sumber: Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Kuala Langat