REMAJA CELIK IT- BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, INTERNET DAN MENAIP
Nama | : Nur Irdina Humaira Binti Mohd Kamal Azrul |
Umur | : 13 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berusia 12 tahun sehingga kini beliau berusia 13 tahun. Nur Irdina Humaira merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang cergas dan cerdas. Beliau juga seorang yang aktif dalam sukan dan kanak-kanak yang mempunyai minat ingin tahu yang tinggi mengenai komputer dan Internet. Beliau juga mudah menerima dan tunjuk ajar ketika belajar di PEDi Taman Harmoni.
Adik Nur Irdina Humaira juga seorang yang cerdas dan cemerlang dalam bidang akademik. Mendapat tempat ketiga dalam kedudukan kelas keseluruhan, mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman & Penulisan, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual, Teknologi Maklumat & Komunikasi serta Pendidikan Kesihatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Nur Irdina Humaira mempunyai semangat belajar dan ingin tahu yang sangat tinggi, justeru beliau sangat suka melibatkan diri dalam segala aktiviti anjuran PEDi Taman Harmoni. Antara aktiviti yang disertai oleh beliau adalah semasa Hari Dashboard Komuniti PEDi, Pertandingan mewarna dan banyak lagi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Nur Irdina Humaira kini telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office, membuat suntingan video, memuat naik video di Laman Youtube, membuat suntingan gambar, dan mahir dalam berkongsi maklumat melalui carian di Google.Com.