KANAK-KANAK CELIK IT- BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, INTERNET DAN MENAIP

Nama: MUHAMMAD AKRAM BIN ABDUL WALI
Umur: 9 tahun
Ahli: 2021
 
Latar belakang

Adik Muhammad Akram merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang cergas dan cerdas. Beliau juga seorang yang aktif di sekolah dan kanak-kanak yang mempunyai minat ingin tahu yang tinggi mengenai komputer dan Internet. Beliau juga mudah menerima dan tunjuk ajar ketika belajar di PEDi Taman Harmoni.

 

Adik Muhammad Akram juga seorang yang cerdas dan cemerlang dalam bidang akademik. Mendapat tempat ketiga dalam kedudukan kelas keseluruhan, mendapat pelbagai hadiah penyertaan di sekolah serta pernah terpilih Anugerah Khas Cemerlang untuk matapelajaran Matematik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Muhammad Akram mempunyai semangat belajar dan ingin tahu yang sangat tinggi, justeru beliau sangat suka melibatkan diri dalam segala aktiviti anjuran PEDi Taman Harmoni. Antara aktiviti yang disertai oleh beliau adalah semasa Hari bersama Komuniti PEDi, Pertandingan mewarna dan banyak lagi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau kini telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office, membuat suntingan gambar, memuat naik video di Laman sosial , dan mahir dalam berkongsi maklumat melalui carian di Google.Com
 
 
a         b
 
 
c        d\
 
 
e      f
 
 
 
______________________________________________________________________________________________________________________________