USAHAWAN - MOHD FIRDAUZ BIN CHE ROSE

Encik Mohd Firdauz Bin Che Rose merupakan seorang usahawan yang tinggal di Kampung Endah, Banting Selangor.  Beliau menjalankan perniagaan berasaskan makanan iaitu menjual sambal sotong kering.  Bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau, berbekalkan usaha yang gigih, Encik Mohd Firdauz mendaftar sebagai ahli PEDi pada tahun 2022 bagi menambahkan lagi ilmu keusahawanan yang dimiliki.  Beliau telah mengikuti latihan keusahawanan yang telah dijalankan di PEDi.  

Sebelum penglibatan dengan PEDi, pendapatan bersih beliau dalam sebulan hanya mencecah RM50 sebulan.  Dengan berkat usaha yang tidak putus, beliau telah mengikuti pelbagai aktiviti di PEDi Taman Harmoni sehingga berjaya mencapai pendapatan bersih dalam sebulan sehingga RM500.  Encik Firdauz telah menggunakan PEDi sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan beliau dengan menggunakan kemudahan komputer serta internet yang ada di PEDi.  Salah satu cara yang digunakan bagi mengembangkan lagi perniagaan makanan beliau, Encik Firdauz mempromosikan produk ke group Whatsapp di sekitar kampung berdekatan dan menjalankan promosi melalui media sosial antaranya adalah facebook.

 

 aaaa

Bengkel Latihan ICT/Keusahawanan yang dihadiri

 

bbbb

Produk/ Hasil transformasi

 

 

cccc

Promosi di Media Sosial

 

 

dddd         eeee    ffff

Promosi melalui facebook

 

 

 

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk makanan yang diusahakan oleh Encik Firdauz, boleh ke laman facebook beliau iaitu:

https://www.facebook.com/dapoqabiang