Tarikh | 17 September 2022 |
Masa | 9.00 A.M- 1.00 P.M |
Tempat | PEDi Taman Harmoni |
Peserta | 8 Orang |
Tujuan:
Program keusahawanan ini diadakan untuk merapatkan hubungan antara PEDi Taman Harmoni dan juga komuniti setempat. Selain itu, komuniti dapat mempelajari secara praktikal proses membuat roti seterusnya mendapat manfaat daripada program yang telah dijalankan.
Aktiviti:
Program ini telah berjalan dengan taklimat advokasi KDB daripada petugas PEDi dan seterusnya peserta diberikan penerangan proses pembuatan roti daripada para pengajar. Aktiviti seterusnya sesi praktikal pembuatan roti berjalan antara pengajar dan peserta program.